Friday 20 May 2011

KRT Taman Perdana Ejen Perpaduan

KRT Taman Perdana merupakan ejen perpaduan bagi membantu Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasianal bagi mencapai objektifnya mengintergrasikan semua kaum. Penduduk taman ini kebanyakanya melayu, namun ada juga jiran kita yang berbangsa cina dan india. Justeru itu, semua penduduk harus bertolak ansur dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Pelbagai program telah diatur dan perlu ditambah nilai bagi memastikan perana KRT sebagai ejen perpaduan dapat diperkasakan.Peranan ini ternyata memberi cabaran dan tanggungjawab besar kepada KRT Taman Perdana bagi memastikan program yang direncanakan mampu menarik penglibatan semua kaum daripada pelbagai lapisan umur.
Kejayaan KRT taman ini amat bergantung kepada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh ahli berbilang kaum dalam usaha memperkasakan semangat perpaduan.

No comments:

Post a Comment