Gambar Aktiviti

Cabaran Perdana - Semua penduduk taman telah menyertai pertandingan memancing di Kolam Kampung Baharu pada 15 Mei 2011. Sungguh seronok melihat gelagat para pemancing yang menyertai cabaran tersebut. Tahniah kepada peserta yang menang dalam cabaran tersebut. Terima kasih kepada semua yang menyertai cabaran ini, semoga perhubungan antara jiran akan lebih bermakna. Terima kasih juga kepada En. Taha dan YB Dato' Lau Lee ADUN Damak yang sudi hadir semasa majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.
Gotong royong Perdana di Taman Perdana telah dijalankan pada 12 Mac 2011. Program ini mendapat kerjasama daripada Majlis Daerah Jerantut, Pejabat Kesihatan dan semua penduduk taman. Kebersihan taman perlu dijaga bagi menjamin kesejahteraan kesihatan penduduk. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.



<><><><><><><><>
<>
<><><><><><><><>
Abang Din, Penat nampak?
 

Abang Mie & Kak Cah Membersihkan Longkang