Saturday 17 September 2011

Jamuan Perdana & Anugerah Keceriaan Taman

Taman Perdana - 11 September 2011, Majlis sambutan jamuan hari raya Aidilfitri telah diadakan bagi membentuk ukwah antara jiran. Program bermula jam 8.00 pagi dengan majlis gotong-royong menyediakan juadah dan persiapan tempat. Terima kasih kepada semua jiran yang datang semasa gotong-royong tersebut.
Pada jam 3.00 petang majlis jamuan hari raya dimulakan. Sepanjang program tersebut disediakan cabutan bertuah bagi semua penduduk taman. Majlis diserikanlagi dengan pengumuman keputusan pertandingan keceriaan antara rumah. Tahniah kepada semua jiran yang memenangi hadiah tersebut. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi bagi akan datang.