Wednesday 31 August 2011

Salam Kemerdekaan

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54. Sama-samalah kita menghargai erti sebuah kemerdekaan.

Salam Aidilfirti

Salam Aidilfitri buat warga Taman Perdana Jerantut.

"Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur. Kalau salah belum berakhir, diharap diampun dengan rasa bersyukur".
"Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba. Jika ada salah yang belum dibalas, harap diampun di hari raya".
"Biar amarah disunting senyum, Ibarat pekerti disulam kasih. Diharap halalkan makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih".

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Monday 8 August 2011

Ramadhan Mengeratkan Perpaduan

Abang Aziz tengah sibuk melayan kanak-kanak
Jiran wanita beratur mengambil juadah yang telah disediakan
Pilihlah yang mana sedap...
Bacaan Doa oleh Ustaz Awi
Abang Mie Serta Jawatankuasa Minuman Sedang Sibuk Membuat Persiapan
Pak Saad Selaku Kepala Tukang Masak

Angkat,  Jangan Tak Angakat. ( Rashid dan  Omar )

6 Ogos 2011- KRT Taman Perdana telah mengadakan majlis berbuka puasa bagi merainkan penduduk taman yang beragama Islam. Program ini melibatkan tunas jiran, jiran wanita, lelaki dan warga emas. Pengisian program ini bermula dengan gotong - royong menyediakan juadah berbuka puasa. Jiran wanita sibuk menyediakan peralatan untuk memasak, manakala bagi jiran lelaki pula menyediakan tempat untuk memasak dan menyusun kerusi serta meja bagi tujuan majlis berbuka puasa. Jiran wanita dan lelaki sama - sama berpakat memasak lauk-pauk yang diperlukan.
Pada jam 7.25 malam jiran yang bergama Islam mula mengambil juadah yang dihidangkan. Sungguh meriah suasana pada ketika itu apabila melihat gelaggat kanak-kanak yang begitu asyik memilih juadah yang disediakan.
Sebaik sahaja majlis berbuka puasa selesai, semua jiran yang hadir menunaikan solat Maghrib berjemaah di kawasan yang disediakan. Kemesraan, semangat tolong-menolong dan perasaan saling hormat-menghormati jelas tergambar pada setiap jiran. Mudah-mudahan program seumpama ini memberi impak yang besar kepada semua jiran di Taman Perdana.