Saturday, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433 H

Selamat menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi 1433 (Hijrah). 1432 hijrah telah meninggalkan kita, banyak kenangan yang telah kita lalui. InsaAllah tahun ini akan lebih bermakna kepada kita.
Masyarakat pada hari ini perlu dibangunkan dengan asas-asas kerohanian yang kukuh agar mereka tidak mudah cair dengan pengaruh persekitaran dan himpitan hawa nafsu. Masyarakat yang lemah kerohanian akan menyebabkan berlakunya kepincangan dalam pelbagai perkara seperti krisis moral, akhlak, keruntuhan institusi keluarga dan masyarakat. Justeru bagi memastikan kedudukan  masyarakat kita terjamin maka kita  perlu mengatur segala urusan kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh syarak. Masyarakat kita hendaklah bersatu dalam semua perkara terutama dalam pembangunan pendidikan demi kebaikan bersama.
Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan membina masa depan ummah. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 100:
Maksudnya: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”