KRT Taman Perdana akan mengadakan majlis memasak bubur asyura seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 17.12.2011 (5.00 petang majlis menyedikan bahan
18.12.2011 (8,00 pagi majlis memasak bubur asyura)
Tempat : T3/6, Lorong 3 Taman Perdana (rumah pak Saad Awang)
Semua penduduk Taman Perdana di jemput hadir bagi memeriahkan keadaan.Sebarang sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau bahan mentah boleh di salurkan.
Friday, 16 December 2011
Saturday, 26 November 2011
Salam Maal Hijrah 1433 H
Selamat menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi 1433 (Hijrah). 1432 hijrah telah meninggalkan kita, banyak kenangan yang telah kita lalui. InsaAllah tahun ini akan lebih bermakna kepada kita.
Masyarakat pada hari ini perlu dibangunkan dengan asas-asas kerohanian yang kukuh agar mereka tidak mudah cair dengan pengaruh persekitaran dan himpitan hawa nafsu. Masyarakat yang lemah kerohanian akan menyebabkan berlakunya kepincangan dalam pelbagai perkara seperti krisis moral, akhlak, keruntuhan institusi keluarga dan masyarakat. Justeru bagi memastikan kedudukan masyarakat kita terjamin maka kita perlu mengatur segala urusan kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh syarak. Masyarakat kita hendaklah bersatu dalam semua perkara terutama dalam pembangunan pendidikan demi kebaikan bersama.
Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan membina masa depan ummah. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 100: Maksudnya: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
Saturday, 17 September 2011
Jamuan Perdana & Anugerah Keceriaan Taman
Taman Perdana - 11 September 2011, Majlis sambutan jamuan hari raya Aidilfitri telah diadakan bagi membentuk ukwah antara jiran. Program bermula jam 8.00 pagi dengan majlis gotong-royong menyediakan juadah dan persiapan tempat. Terima kasih kepada semua jiran yang datang semasa gotong-royong tersebut.
Pada jam 3.00 petang majlis jamuan hari raya dimulakan. Sepanjang program tersebut disediakan cabutan bertuah bagi semua penduduk taman. Majlis diserikanlagi dengan pengumuman keputusan pertandingan keceriaan antara rumah. Tahniah kepada semua jiran yang memenangi hadiah tersebut. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi bagi akan datang.
Wednesday, 31 August 2011
Salam Kemerdekaan
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54. Sama-samalah kita menghargai erti sebuah kemerdekaan.
Salam Aidilfirti
Salam Aidilfitri buat warga Taman Perdana Jerantut.
"Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur. Kalau salah belum berakhir, diharap diampun dengan rasa bersyukur".
"Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba. Jika ada salah yang belum dibalas, harap diampun di hari raya".
"Biar amarah disunting senyum, Ibarat pekerti disulam kasih. Diharap halalkan makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih".
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
"Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur. Kalau salah belum berakhir, diharap diampun dengan rasa bersyukur".
"Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba. Jika ada salah yang belum dibalas, harap diampun di hari raya".
"Biar amarah disunting senyum, Ibarat pekerti disulam kasih. Diharap halalkan makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih".
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
Monday, 8 August 2011
Ramadhan Mengeratkan Perpaduan
Abang Aziz tengah sibuk melayan kanak-kanak |
Jiran wanita beratur mengambil juadah yang telah disediakan |
Pilihlah yang mana sedap... |
Bacaan Doa oleh Ustaz Awi |
Abang Mie Serta Jawatankuasa Minuman Sedang Sibuk Membuat Persiapan |
Pak Saad Selaku Kepala Tukang Masak |
Angkat, Jangan Tak Angakat. ( Rashid dan Omar ) |
6 Ogos 2011- KRT Taman Perdana telah mengadakan majlis berbuka puasa bagi merainkan penduduk taman yang beragama Islam. Program ini melibatkan tunas jiran, jiran wanita, lelaki dan warga emas. Pengisian program ini bermula dengan gotong - royong menyediakan juadah berbuka puasa. Jiran wanita sibuk menyediakan peralatan untuk memasak, manakala bagi jiran lelaki pula menyediakan tempat untuk memasak dan menyusun kerusi serta meja bagi tujuan majlis berbuka puasa. Jiran wanita dan lelaki sama - sama berpakat memasak lauk-pauk yang diperlukan.
Pada jam 7.25 malam jiran yang bergama Islam mula mengambil juadah yang dihidangkan. Sungguh meriah suasana pada ketika itu apabila melihat gelaggat kanak-kanak yang begitu asyik memilih juadah yang disediakan.
Sebaik sahaja majlis berbuka puasa selesai, semua jiran yang hadir menunaikan solat Maghrib berjemaah di kawasan yang disediakan. Kemesraan, semangat tolong-menolong dan perasaan saling hormat-menghormati jelas tergambar pada setiap jiran. Mudah-mudahan program seumpama ini memberi impak yang besar kepada semua jiran di Taman Perdana.
Saturday, 23 July 2011
Pertandingan Keceriaan Rumah
Jawatan kuasa KRT Taman Perdana akan menganjurkan pertandingan keceriaan rumah seperti maklumat berikut:
OBJEKTIF
TEMPOH MASA
"SELAMAT MENYERTAI PERTANDINGAN INI"
OBJEKTIF
- Menanam sikap cintakan kebersihan dan keindahan alam sekitar.
- Melahirkan warga penduduk yang mengambil berat akan kebersihan dan keceriaan persekitaran.
- Memupuk semangat kekitaan antara penduduk taman.
TEMPOH MASA
- 3 bulan ( 1 Jun hingga 31 Ogos 2011 )
- Tarikh penilaian ( 1 - 8 September 2011 )
- Penyampaian hadiah ( 10 September 2011 )
- Melibatkan semua rumah Taman Perdana
- Kawasan penilaian meliputi kawasan hadepan, belakan dan sisi rumah
- Aspek penilaian:
- Kecerian dan kebersihan sekitar sumah
- Landskap kemas dan teratut
- Hijau dan mesra alam
- Daya kreatif yang tinggi
- Kumpulan A - Lorong 8 & 9
- Kumpulan B - Lorong 1 & 7
- Kumpulan C - Lorong 4,5 & 6
- Kumpulan D - Lorong 2 & 3
"SELAMAT MENYERTAI PERTANDINGAN INI"
Sunday, 19 June 2011
Selamat Hari Bapa
Sambutan hari bapa sedunia adalah berbeza di setiap dunia. Di Malaysia sambutan hari bapa bagi tahun ini adalah pada 19 Jun 2011. Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari bapa kepada semua jiran yang bergelar bapa. Bapa seharusnya memainkan peranan dalam membentuk generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Hadith Nabi SAW mengenai ibu bapa :
Hadith Nabi SAW mengenai ibu bapa :
“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]
Sunday, 12 June 2011
Jadilah Pelajar Yang Cemerlang
Selamat kembali ke sekolah setelah bercuti selama dua minggu. Sudah semestinya memerlukan tenaga dan semangat yang baru bagi menjadikan diri sentiasa cemerlang. Menurut Dr. Fadzilah Kamsah pelajar cemerlang akan menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. Kajian menunjukkan bahawa:
a) Kita ingat 10% apa yang dibacab) Kita ingat 20% apa yang didengar
c) Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
d) Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e) Kita ingat 90% apa yang dipraktikkan
Terdapat beberapa ciri pelajar cemerlang:
a) Taat kepada Allah
b) Mendirikan sembahyang
c) Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
d) Menghormati guru
e) Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan
f ) Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
g) Mahir dalam setiap mata pelajaran
h) Membantu rakan yang memerlukan
i) Berdoa dan bersyukur kepada Allah
j) Sentiasa bertawakal
Tuesday, 7 June 2011
Ibu Bapa Membentuk Generasi Berilmu dan Berakhlak
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan agen utama dan yang pertama perlu memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab mengasuh, mendidik mengajar serta membimbing anak-anak untuk menjadi pewaris pelapis kepada generasi yang cemerlang ilmu dan akhlaknya di dunia dan di akhirat. Sekaligus membentuk anak-anak kita yang bukan sahaja boleh dijadikan cermin generasi tetapi juga sebagai pejuang kepada amar makruf dan nahi mungkar.
Kelalaian, kelemahan, kesilapan atau kesalahan kita dalam mentarbiah anak-anak adalah saham terbesar dalam menambahkan lagi jumlah generasi pincang, bermasalah, terpesong, sampah mesyarakat, musuh negara serta perosak agama.
Maka pengetahuan kita dalam kaedah mentarbiah anak-anak perlu dipertingkatkan sesuai dengan kemajuan dan kemodernan dunia yang serba canggih, dengan mengumpul, mendalami serta mempraktikkan segala maklumat terkini yang sesuai untuk diterapkan dalam agenda memantapkan sasiah diri anak-anak.
Maka pengetahuan kita dalam kaedah mentarbiah anak-anak perlu dipertingkatkan sesuai dengan kemajuan dan kemodernan dunia yang serba canggih, dengan mengumpul, mendalami serta mempraktikkan segala maklumat terkini yang sesuai untuk diterapkan dalam agenda memantapkan sasiah diri anak-anak.
Justeru itu, selaku ibu bapa sama-samalah kita berusaha melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak.
Friday, 27 May 2011
Selamat Bercuti Kepada Jiran Muda
Cuti penggal persekolahan selama 2 minggu bermula hari ini hingga 12 Jun 2011. Saya ucapakan selamat bercuti kepada semua jiran muda. Gunakan masa cuti ini dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Bagi jiran muda yang akan menghadapi UPSR sudah tentunya ada mengikuti kelas tambahan. Selamat berjuang, tanamkan azam untuk memperolehi 5A.
Friday, 20 May 2011
KRT Taman Perdana Ejen Perpaduan
KRT Taman Perdana merupakan ejen perpaduan bagi membantu Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasianal bagi mencapai objektifnya mengintergrasikan semua kaum. Penduduk taman ini kebanyakanya melayu, namun ada juga jiran kita yang berbangsa cina dan india. Justeru itu, semua penduduk harus bertolak ansur dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Pelbagai program telah diatur dan perlu ditambah nilai bagi memastikan perana KRT sebagai ejen perpaduan dapat diperkasakan.Peranan ini ternyata memberi cabaran dan tanggungjawab besar kepada KRT Taman Perdana bagi memastikan program yang direncanakan mampu menarik penglibatan semua kaum daripada pelbagai lapisan umur.
Kejayaan KRT taman ini amat bergantung kepada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh ahli berbilang kaum dalam usaha memperkasakan semangat perpaduan.
Kejayaan KRT taman ini amat bergantung kepada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh ahli berbilang kaum dalam usaha memperkasakan semangat perpaduan.
Tuesday, 17 May 2011
Salam Perkenalan Buat Penduduk Taman Perdana
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Blog ini baru diaktifkan untuk tujuan berkongsi pengalaman dan memaparkan aktiviti-aktiviti taman ini. Akan dikemaskini ......
Subscribe to:
Posts (Atom)